Rawatan Patah Tulang Secara Moden (Allopathy)



Secara umumnya, pesakit yang terlibat dengan masalah patah atau retak tulang akan mendapatkan rawatan moden di hospital bagi keperluan untuk mendapatkan  pemulihan dengan cara-cara berikut:

  • Internal Fixation - iaitu  satu kaedah dalam pembedahan  yang melibatkan pelaksanaan pembedahan implan bagi maksud membaiki tulang.Keadah ini bermula pada pertengahan kurun ke-19 dan telah dilaksanaan secara umum pada  pertengahan abad ke-20. Jenis-jenis alat yang digunakan dalam kaedah ini ialah  wayar, plates, rod, pin, paku, dan skru yang digunakan dalam badan untuk menyokong tulang. Ia dibuat daripada keluli tahan karat atau titanium.

  • External Fixation - adalah satu kaedah  rawatan pembedahan yang digunakan untuk menstabilkan tisu tulang yang lembut pada tempoh  dari pembedahan atau kecederaan utama. Alat-alat yang boleh digunakan untuk kaedah rawatan External Fixation   adalah seperti schanz pin, connecting rod dan  Pengapit (clamps).  

  •  Plaster of Paris (POP)- Kalsium sulfat, juga dikenali sebagai Plaster Paris (POP),  bahan bio tertua yang digunakan untuk merapatkan tulang. Ia adalah bahan  cepat terurai yang boleh merapatkan tulang yang patah sebelum sebelum proses pengeluaran Soft callus yang akan menyambung kembali tulang tersebut.

Soft Callus ialah Kalus lembut yang terhasil melalui proses kimia dan metabolic  beberapa hari selepas tulang rosak. Sel-sel fibroblast yang terdapat di dalam tisu Granulation yang bertindak sebagai bone bridge akan mula untuk membentuk Rawan dan Fibrocartilage, iaitu  bahan lembut yang mengisi jurang antara kedua-dua serpihan patah. Walaubagaimana pun ia masih agak lemah untuk tekanan luar untuk kira-kira enam minggu. Atas sebab ini, ia adalah penting bagi pesakit supaya mengurangkan pergerakan tubuh dalam proses penyembuhan ini.

Kesimpulannya, kaedah rawatan di atas dibuat adalah dengan bertujuan untuk membetulkan kedudukan tulang yang patah atau retak. Ia akan melalui proses pemulihan sendiri dengan izin Allah Taala dalam satu tempoh jangka masa tertentu mengikut keadaan kesesuaian tubuh masing-masing.

Bagi anda yang menghadapi masalah patah atau retak tulang dan berhajat untuk mendapatkan ramuan rawatan patah tulang yang kami hasilkan, bolehlah hubungi kami di talian +6013-524 3005 atau sertai Tabib di Facebook  dengan  klik di sini

0 comments:

Post a Comment

Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates