Sendi tulang manusia

0 comments



Ilmu  anatomi berkaitan Sendi manusia telah diceritakan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu untuk pengetahuan umat baginda.


Saiyidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


 “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]



Buraidah meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: 


“Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Daud]
                                                                          


Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya The Journey of Faith inside the Human Body, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:


    147 sendi di tulang belakang

    25 sendi antara tulang belakang

    72 sendi antara tulang dan tulang rusuk

    50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar)

    24 sendi di dada

    2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage

    18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.

    2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).

    2 sendi antara skapula dan dada

    86 sendi di hujung teratas

    2 sendi antara tulang scapular

    6 sambungan antara siku.

    8 sendi antara pergelangan tangan

    70 sendi antara tulang tangan

    92 sendi di hujung terbawah

    2 sendi pinggul

    6 sendi antara tulang lutut

    6 sambungan antara pergelangan kaki

    74 sendi antara tulang kaki

    11 sendi di pelvis

    4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)

    6 sendi antara tulang acetabulm

    1 sendi sumphysis kemaluan



Jumlah semua sendi ialah 360

                                                                                 


Sendi berfungsi sebagai pemudahkan pergerakan tulang dan anggota-anggota di tubuh manusia.



Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masa kini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.



Allah SWT berfirman:

“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” (Al-Mulk:14)



“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)



Bagi anda  yang  menghadapi  masalah patah atau retak  tulang  dan berhajat untuk   mendapatkan  ramuan rawatan  patah  tulang untuk   mempercepatkan proses  penyembuhan, bolehlah  hubungi  kami di talian +6013-524 3005 atau sertai Tabib di Facebook dengan klik di sini

Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates