Ilmu anatomi berkaitan
Sendi manusia telah diceritakan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu untuk pengetahuan umat baginda.
Saiyidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah
SAW bersabda:
“Setiap manusia telah diciptakan dengannya
tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah,
Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari
Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan
mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga
ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan
dirinya dari neraka.” [HR Muslim]
Buraidah meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
“Setiap
orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah
untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang
mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak
yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau
tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat
dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Daud]
Dr.
Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya The Journey of Faith inside the Human Body,
mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan
oleh Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:
147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang
belakang
72 sendi antara tulang dan
tulang rusuk
50 sendi antara tulang
bahagian luqaimat (lumbar)
24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum
dan thoracic cage
18 sendi antara tulang dada
dan tulang rusuk.
2 sendi antara klavikula dan
skapula (tulang belikat).
2 sendi antara skapula dan
dada
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang
scapular
6 sambungan antara siku.
8 sendi antara pergelangan
tangan
70 sendi antara tulang tangan
92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara
pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki
11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang
acetabulm
1 sendi sumphysis kemaluan
Jumlah semua sendi ialah 360
Sendi berfungsi sebagai pemudahkan pergerakan tulang dan anggota-anggota
di tubuh manusia.
Pada zaman Nabi SAW
adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan
ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada
pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak
diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masa kini para saintis
barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di
antara 250 hingga 350.
Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia
adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” (Al-Mulk:14)
“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan
hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
Bagi anda yang menghadapi
masalah patah atau retak
tulang dan berhajat untuk mendapatkan
ramuan rawatan patah tulang untuk
mempercepatkan proses penyembuhan,
bolehlah hubungi kami di talian +6013-524 3005 atau sertai Tabib di Facebook dengan klik di sini
0 comments:
Post a Comment