Allah Taala cipta rangka tubuh manusia daripada 206 tulang temulang



Sesungguhnya Allah maha hebat, agung dan maha pencipta. firmanNnya yang bermaksud:, 
“…Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu bagaimana kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutnya dengan daging…” (Surah al-Baqarah: ayat 269)

Allah Taala telah mencipta rangka tubuh badan manusia terbina daripada 206 tulang temulang merupakan satu seni kejuruteraan yang ajaib dan amat menakjubkan, menimbulkan keinsafan bagi  hambaNya yang mukmin setelah menyedari siapa kita sebagai hambaNya yang lemah dan betapa agung, hebat dan pemurahnya Allah Taala yang memberi nikmat kepada hambaNYa. Ia melindungi struktur tubuh badan yang melindungi organ penting seperti otak, jantung, paru-paru dan organ-organ dalaman manusia. 

 Seorang manusia dewasa mempunyai 206 tulang tetapi semasa bayi, manusia mempunyai 300 tulang. Adakah ini bermakna kita kehilangan 94 tulang? Sebenarnya, tidak.Ketika membesar tulang-tulang ini akan bercantum dan membentuk satu tulang. Ini akan membentuk tulang yang kuat walau pun jumlah tulang dalam tubuh kita berkurangan.

 Bagaimanapun kita sebenarnya mempunyai 27 tulang berasingan dan pada muka kita sahaja mempunyai 14 tulang. Tulang di dalam tubuh kita sebenarnya hidup dan diperbuat daripada bahan yang kuat terdiri daripada bertan-tan sel yang membantu ia hidup dan untuk memperbaiki diri masing-masing. 


 Seperti sel lain dalam tubuh manusia, sel tulang bergantung kepada darah untuk hidup. Darah menyalurkan makanan dan oksigen serta membawa bahan-bahan buangan.

 Struktur tulang yang dicipta oleh Allah Taala dalam badan manusia mempunyai kekuatan yg luar biasa. Contohnya, tulang paha dikatakan dapat menampung beban seberat 1 tan atau 1000 kilogram dalam kedudukkan 90 darjah.Sesuatu yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya tulang paha mampu memikul beban seberat 3 kali ganda berat badan pada setiap langkah.

 Struktur dalaman tulang yang bersambung antara satu sama lain memiliki kemampuan pergerakan yang luar biasa. Ia umpama sistem perancah yang digunakan dalam binaan jambatan dan menara. Cuma sistem yang terdapat dalam tulang adalah lebih rumit berbanding rekaan manusia. Ia sangat kuat dan cukup ringan untuk digunakan dengan selesa. Manusia dapat bergerak bebas tanpa merasa sakit.

  Pada bahagian-bahagian yg tertentu, tulang juga dicipta oleh Allah Taala  dengan bersifat anjal. Ini bagi memudahkan ia dapat mengembangdan mengecut bagi pergerakan udara masuk ke dalam peparu dan keluar darinya. Struktur elastik tulang juga mengalami perubahan. Contohnya tulang punggung wanita yang hamil boleh melebar dan renggang antara satu sama lain ketika saat kelahiran.


 Regangan ini berlaku untuk mengelakkan tekanan yang menghimpit kepala bayi ketika keluar dari rahim ibu. Sesungguhnya Allah maha pencipta yang maha kaya.




 Sungguh ajaib dan menakjubkan ciptaan Allah ini, bukan? Jadi kita perlulah sentiasa menghargai dan bersyukur serta berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat kurniaan yang diberikanNya dengan melaksanakan segala peprintah dan larangannya, berdoa, bertawakkal dengan penuh  harapan agar amalan kita diterima olehNYa, dan hidup kita tidak sia-sia sehingga ke akhirat nanti.     

 Bagi anda  yang  menghadapi  masalah patah atau retak  tulang  dan berhajat untuk   mendapatkan  ramuan rawatan  patah  tulang untuk   mempercepatkan proses  penyembuhan, bolehlah  hubungi  kami di talian +6013-524 3005 atau hubungi Tabib di Facebook dengan klik di sini

0 comments:

Post a Comment

Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates