Assalamualaikum para pelawat sekalian,
Jutaan kemaafan disebabkan beberapa masalah teknikal blog ini tidak sempat untuk dikemasakini sejak kebelakangan ini.
Oleh itu bagi anda yang mempunyai masalah yang berkaitan dan ingin mendapatkan rawatan, membeli ramuan rawat patah tulang atau mendapatkan pandangan dan nasihat bolehlah menghubungi Tabib di talian +6013-524 3005 atau facebook di link ini
Sekian, sehingga berjumpa lagi.
Hubungi kami di talian +6013-524 3005
0 commentsPosted by Unknown at 23:17
Allah Taala cipta rangka tubuh manusia daripada 206 tulang temulang
0 comments
Sesungguhnya Allah maha hebat, agung dan maha pencipta. firmanNnya yang bermaksud:,
“…Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu bagaimana kami menyusunnya kembali
kemudian kami menyalutnya dengan daging…” (Surah al-Baqarah: ayat 269)
Allah Taala telah mencipta rangka tubuh badan manusia terbina daripada 206 tulang temulang merupakan satu seni kejuruteraan yang ajaib dan amat menakjubkan, menimbulkan keinsafan bagi hambaNya yang mukmin setelah menyedari siapa kita sebagai hambaNya yang lemah dan betapa agung, hebat dan pemurahnya Allah Taala yang memberi nikmat kepada hambaNYa. Ia melindungi struktur tubuh badan yang melindungi organ penting seperti otak, jantung, paru-paru dan organ-organ dalaman manusia.
Seorang manusia dewasa mempunyai 206 tulang tetapi semasa bayi, manusia mempunyai 300 tulang. Adakah ini bermakna kita kehilangan 94 tulang? Sebenarnya, tidak.Ketika membesar tulang-tulang ini akan bercantum dan membentuk satu tulang. Ini akan membentuk tulang yang kuat walau pun jumlah tulang dalam tubuh kita berkurangan.
Bagaimanapun kita
sebenarnya mempunyai 27 tulang berasingan dan pada muka kita sahaja mempunyai
14 tulang. Tulang di dalam tubuh kita sebenarnya hidup dan diperbuat daripada
bahan yang kuat terdiri daripada bertan-tan sel yang membantu ia hidup dan
untuk memperbaiki diri masing-masing.
Seperti sel lain dalam
tubuh manusia, sel tulang bergantung kepada darah untuk hidup. Darah
menyalurkan makanan dan oksigen serta membawa bahan-bahan buangan.
Struktur tulang yang dicipta oleh Allah Taala dalam badan manusia mempunyai
kekuatan yg luar biasa. Contohnya, tulang paha dikatakan dapat menampung beban
seberat 1 tan atau 1000 kilogram dalam kedudukkan 90 darjah.Sesuatu yang lebih
mengejutkan, rupa-rupanya tulang paha mampu memikul beban seberat 3 kali ganda
berat badan pada setiap langkah.
Struktur dalaman tulang yang bersambung antara satu sama lain memiliki kemampuan pergerakan yang luar biasa. Ia umpama sistem perancah yang digunakan dalam binaan jambatan dan menara. Cuma sistem yang terdapat dalam tulang adalah lebih rumit berbanding rekaan manusia. Ia sangat kuat dan cukup ringan untuk digunakan dengan selesa. Manusia dapat bergerak bebas tanpa merasa sakit.
Pada bahagian-bahagian yg tertentu, tulang juga dicipta oleh Allah Taala dengan bersifat anjal. Ini bagi memudahkan ia dapat mengembangdan mengecut bagi pergerakan udara masuk ke dalam peparu dan keluar darinya. Struktur elastik tulang juga mengalami perubahan. Contohnya tulang punggung wanita yang hamil boleh melebar dan renggang antara satu sama lain ketika saat kelahiran.
Regangan ini berlaku untuk mengelakkan tekanan yang menghimpit kepala
bayi ketika keluar dari rahim ibu. Sesungguhnya Allah maha pencipta yang maha
kaya.
Sungguh ajaib dan menakjubkan ciptaan Allah ini, bukan? Jadi kita perlulah
sentiasa menghargai dan bersyukur serta berterima kasih kepada Allah atas
segala nikmat kurniaan yang diberikanNya dengan melaksanakan segala peprintah
dan larangannya, berdoa, bertawakkal dengan penuh harapan agar amalan kita diterima olehNYa, dan hidup kita tidak sia-sia sehingga ke akhirat nanti.
Bagi
anda yang menghadapi
masalah patah atau retak
tulang dan berhajat untuk mendapatkan
ramuan rawatan patah tulang untuk
mempercepatkan proses
penyembuhan, bolehlah
hubungi kami di talian +6013-524
3005 atau hubungi Tabib di Facebook dengan klik di sini
Posted by Unknown at 01:11
Sendi tulang manusia
0 comments
Ilmu anatomi berkaitan
Sendi manusia telah diceritakan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu untuk pengetahuan umat baginda.
Saiyidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah
SAW bersabda:
“Setiap manusia telah diciptakan dengannya
tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah,
Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari
Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan
mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga
ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan
dirinya dari neraka.” [HR Muslim]
Buraidah meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
“Setiap
orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah
untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang
mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak
yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau
tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat
dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Daud]
Dr.
Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya The Journey of Faith inside the Human Body,
mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan
oleh Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:
147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang
belakang
72 sendi antara tulang dan
tulang rusuk
50 sendi antara tulang
bahagian luqaimat (lumbar)
24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum
dan thoracic cage
18 sendi antara tulang dada
dan tulang rusuk.
2 sendi antara klavikula dan
skapula (tulang belikat).
2 sendi antara skapula dan
dada
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang
scapular
6 sambungan antara siku.
8 sendi antara pergelangan
tangan
70 sendi antara tulang tangan
92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara
pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki
11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang
acetabulm
1 sendi sumphysis kemaluan
Jumlah semua sendi ialah 360
Sendi berfungsi sebagai pemudahkan pergerakan tulang dan anggota-anggota
di tubuh manusia.
Pada zaman Nabi SAW
adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan
ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada
pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak
diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masa kini para saintis
barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di
antara 250 hingga 350.
Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia
adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” (Al-Mulk:14)
“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan
hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
Bagi anda yang menghadapi
masalah patah atau retak
tulang dan berhajat untuk mendapatkan
ramuan rawatan patah tulang untuk
mempercepatkan proses penyembuhan,
bolehlah hubungi kami di talian +6013-524 3005 atau sertai Tabib di Facebook dengan klik di sini
Posted by Unknown at 00:24
Jenis dan Fungsi Tulang
0 comments
Terdapat dua jenis tulang yang Allah Taala ciptakan untuk manusia iaitu:
A. Tulang Rawan
Tulang rawan tersusun dari sel-sel tulang rawan, ruang antara sel tulang rawan banyak mengandung zat perekat dan sedikit zat kapur, bersifat lentur. Tulang rawan banyak terdapat pada tulang kanak-kanak dan pada orang dewasa banyak terdapat pada ujung tulang rusuk, laring, trakea, bronkus, hidung, telinga, antara ruas-ruas tulang belakang.
Kanak-kanak yang mengalami patah tulang sembuh dengan cepat kerana mereka masih banyak memiliki tulang rawan. Proses perubahan tulang rawan menjadi tulang keras, disebut osifikasi.
B. Tulang Keras
Tulang keras dibentuk oleh sel pembentuk tulang (osteoblas)ruang antara sel tulang keras banyak mengandung zat kapur, sedikit zat perekat, bersifat keras. Zat kapur tersebut dalam bentuk kalsium karbonat ( CaCO3 ) dan kalsium fosfat ( Ca(PO4)2) yang diperoleh atau dibawa oleh darah.
Dalam tulang keras terdapat saluran havers yang didalamnya terdapat pembuluh darah yang berfungsi mengatur kehidupan sel tulang.
Tulang keras berfungsi untuk menyusun sistem rangka.
Contoh tulang keras :
- tulang paha
- tulang lengan
- tulang betis
- tulang selangka
Posted by Unknown at 09:54
Tulang Yang Mudah Patah
0 comments
Seandainya kita tidak
menjaga tulang anda dengan baik pada waktu sekarang, kita akan mengalami kepatahan tulang dan kesakitan
teruk ketika lanjut usia, jika kita dipanjangkan umur oleh Allah Taala.
Ini adalah kerana kerana tulang kita hanya boleh menyerap mineral sehingga kita berumur lebih kurang 30 tahun. Selepas itu,
tulang kita semua perlu bergantung kepada kalsium dan fosforus yang kita simpan dalam badan semenjak bertahun-tahun dahulu. Jika tulang kita
tidak mempunyai cukup kalsium, ia akan
mudah patah dan retak. Ini ialah sejenis penyakit yang dipanggil osteoporosis.
Penyakit ini sangat menakutkan, kerana tulang-tulang kita akan tiba-tiba patah
tanpa sebab, atau pun jika kita terjatuh sedikit.
Cara yang terbaik untuk menguatkan tulang kita ialah dengan mengambil makanan yang banyak mengandungi
kalsium seperti susu, keju dan yogurt, bersenam selalu dan jangan merokok. Kita mesti mengamalkan tabiat pemakanan dan penjagaan ini
dari sekarang, bukan apabila kita telah berumur 50 tahun, kerana masa itu sudah
terlalu lambat.
Bagi anda yang menghadapi masalah patah atau
retak tulang dan berhajat untuk mendapatkan ramuan
rawatan patah tulang untuk mempercepatkan proses
penyembuhan, bolehlah hubungi kami di talian +6013-524 3005 atau hubungi saya di Facebook dengan klik di sini
Posted by Unknown at 01:19
Subscribe to:
Posts (Atom)
Copyright © Khidmat Rawatan Patah Tulang . All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block in collaboration with Music Videos
Provided By Free Website Templates | Freethemes4all.com | Free Blogger Templates