Tulang Yang Mudah Patah

0 comments




Seandainya kita  tidak menjaga tulang anda dengan baik pada waktu sekarang, kita  akan mengalami kepatahan tulang dan kesakitan teruk ketika lanjut usia, jika kita dipanjangkan umur oleh Allah Taala.


Ini adalah kerana kerana tulang kita  hanya boleh menyerap mineral sehingga kita  berumur lebih kurang 30 tahun. Selepas itu, tulang kita semua perlu bergantung kepada kalsium dan fosforus yang kita simpan dalam badan  semenjak bertahun-tahun dahulu. Jika tulang kita  tidak mempunyai cukup kalsium, ia akan mudah patah dan retak. Ini ialah sejenis penyakit yang dipanggil osteoporosis. Penyakit ini sangat menakutkan, kerana tulang-tulang kita akan tiba-tiba patah tanpa sebab, atau  pun jika kita  terjatuh sedikit.



Cara yang terbaik untuk menguatkan tulang kita  ialah dengan mengambil makanan yang banyak mengandungi kalsium seperti susu, keju dan yogurt, bersenam selalu dan jangan merokok. Kita  mesti  mengamalkan tabiat pemakanan dan penjagaan ini dari sekarang, bukan apabila kita telah berumur 50 tahun, kerana masa itu sudah terlalu lambat.


Bagi anda  yang  menghadapi  masalah patah atau retak  tulang  dan berhajat untuk   mendapatkan  ramuan rawatan  patah  tulang untuk   mempercepatkan proses  penyembuhan, bolehlah  hubungi  kami di talian +6013-524 3005 atau hubungi saya di Facebook dengan klik di sini

Tulang yang kuat dan pemakanan yang diperlukannya

0 comments



                                                  

Tulang kita  adalah hidup dan seperti sel-sel atau tisu-tisu lain dalam badan kita,oleh itu  ia perlu diberi makan juga. Tulang yang tumbuh dan terjaga dengan baik dan sempurna akan menjadikan badan anda lebih tinggi dan lebih kuat. Tulang yang sihat juga dapat menyokong badan anda supaya kita  boleh menjadi seaktif mungkin seperti  yang kita inginkan.


Makanan Untuk Tulang


Tulang anda adalah keras dan tumpat kerana ia dipenuhi dengan mineral seperti kalsium dan fosforus. Untuk memastikan tulang anda sentiasa tumpat, anda perlu selalu membekalkannya dengan kalsium. Anda juga memerlukan vitamin D, yang membina tulang dan membantu kecekapannya menyerap kalsium.


Selagi  anda mengamalkan   pemakanan dengan cara yang sihat, anda tidak perlu mengambil pil vitamin D atau  pil kalsium. Kalsium boleh didapati daripada susu, keju, makanan bijirin, ikan bilis, kacang soya dan sesetengah sayuran, manakala vitamin D daripada sinaran matahari!



Bagi anda  yang  menghadapi  masalah patah atau retak  tulang  dan berhajat untuk   mendapatkan  ramuan rawatan  patah  tulang untuk   mempercepatkan proses  penyembuhan, bolehlah  hubungi  kami di talian +6013-524 3005 atau hubungi Tabib di Facebook dengan  klik di sini

Kembali bersukan selepas kecederaan patah tulang

0 comments


Umumnya, setiap atlet dan setiap kecederaan yang dialami adalah unik. Jadi setiap individu mempunyai program rehabilitasi dan kembali bersukan berbeza. Kembali bersukan terlalu awal boleh meningkatkan risiko kecederaan semula atau membentuk masalah kronik yang membawa kepada pemulihan lebih lama. Lewat memulakan proses pemulihan menyebabkan kemerosotan keadaan anggota badan yang tidak perlu.

Satu perkara yang boleh meningkatkan proses pemulihan ialah keadaan badan dan kesihatan sebelum kecederaan. Keadaan kesihatan pada tahap prestasi tinggi dan bentuk badan sempurna bukan saja mampu mengurangkan risiko dan tahap teruknya sesuatu kecederaan, tetapi juga mampu memendekkan tempoh pemulihan.


Untuk mempercepatkan tempoh pemulihan, kita perlu sentiasa memastikan keadaan, bentuk dan kesihatan badan sentiasa pada prestasi baik, peka kepada tanda awal kecederaan, merawat setiap kecederaan dengan serta-merta, memastikan setiap program pemulihan diikuti sepenuhnya, sentiasa dalam keadaan cergas walaupun ketika kecederaan dan mempunyai sikap dan peribadi positif untuk pulih segera.

Berikut garis panduan untuk kembali bersukan:

Tidak lagi merasa sakit pada anggota tercedera

Tiada lagi bengkak pada anggota tercedera

Sendi  yang terbabit dapat digerakkan dalam pergerakan penuh tanpa had

Anggota yang tercedera mendapat kekuatan penuh atau 90 peratus daripada kekuatan anggota sebelah lagi satu

Jika anggota kaki yang terbabit, anda mampu berdiri dan berjalan tanpa tempang

Jika anggota lengan atas yang terbabit, anda hendaklah mampu melakukan aktiviti membaling tanpa sakit

Kita perlu ingat, walaupun merasakan badan kita kembali 100 peratus seperti asal, sebenarnya anda mungkin masih mempunyai kekurangan dalam segi kekuatan, kestabilan sendi, fleksibiliti atau skil. Oleh itu, lebih baik jika penjagaan tambahan masih diberikan kepada anggota tercedera untuk beberapa bulan lagi.


Bagi anda  yang  menghadapi  masalah patah atau retak  tulang  dan berhajat untuk   mendapatkan  ramuan rawatan  patah  tulang untuk   mempercepatkan proses  penyembuhan, bolehlah  hubungi  kami di talian +6013-524 3005 atau hubungi Tabib di Facebook dengan  klik di sini

Tulang patah semasa bersukan

0 comments



                                                     

Sejenis kepatahan tulang dipanggil patah tekanan (stress fracture) banyak berlaku disebabkan bersukan yang membabitkan pergerakan berulang-ulang untuk tempoh lama, misalnya pelari jarak jauh boleh mendapat patah tekanan pada tulang kaki (tulang metatarsal).


Gejala yang biasa terlihat ketika terjadi kecederaan kepatahan tulang ialah bengkak, kulit kemerahan dan sakit pada anggota tercedera. Kepatahan lebih kompleks disebabkan impak tinggi boleh menyebabkan tulang menembusi kulit (compound fracture).


Secara amnya, kepatahan tulang menyebabkan pergerakan anggota tercedera menjadi terhad atau terganggu untuk satu tempoh waktu, ini bergantung kepada tahap seriusnya kepatahan.


Rawatan kecederaan kepatahan bergantung jenis kepatahan dialami dan anggota tulang terbabit. Sinar-X selalu dilakukan untuk mengenal pasti tulang terbabit serta menganalisis jenis kepatahan.


Secara amnya, rawatan kepatahan boleh dibahagi kepada dua iaitu secara konservatif (tanpa pembedahan) dan secara pembedahan. Rawatan tanpa pembedahan membabitkan proses manipulasi tulang yang patah kepada kedudukan asal dan simen POP atau fiberglass dipasang kepada anggota terbabit untuk mengelak tulang yang patah bergerak ketika tempoh rawatan penyembuhan.


Rawatan secara pembedahan selalunya membabitkan penggunaan implan dalaman seperti rod, plat dan skru, di mana tulang patah disambungkan oleh rod atau plat atau implan luaran seperti pin dan wayar dipasang pada serpihan tulang patah melalui tebukan pada kulit dan gegelang atau rod disambungkan kepada pin atau wayar berkenaan.
                                                                             

Tulang yang patah dipegang oleh pin dan wayar sehingga sembuh dan kemudian pin dan wayar dicabut dari tulang berkenaan.


Proses penyembuhan tulang patah berlaku serta-merta sebaik kepatahan berlaku. Badan membentuk darah beku dan tulang lembut (callus) untuk melindungi tisu tercedera. Tulang baru terbentuk pada hujung serpihan tulang yang patah dan berkembang ke arah satu sama lain. Selepas beberapa lama, tulang baru bercantum penuh dan tisu kallus diserap oleh badan.


Proses penyembuhan tulang adalah sama dalam kedua-dua cara rawatan, sama ada secara konservatif atau pembedahan. Yang membezakannya ialah masa bila rehabilitasi boleh dimulakan.


Untuk rawatan secara konservatif iaitu simen atau ‘casting’ dipasangkan pada anggota patah, dua sendi yang hampir dengan patah selalunya turut diimmobilisasikan untuk tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Ini menyebabkan kedua-dua sendi berhampiran kawasan patah menjadi kejang dan sukar digerakkan.

Otot anggota tercedera juga merosot dan mengecut saiznya kerana tidak digerakkan. Tempoh memulakan rehabilitasi terpaksa ditunda sehingga simen itu ditanggalkan dari anggota berkenaan kerana anggota yang disimen tidak dapat gerakkan.


Berbeza dengan rawatan secara pembedahan, tulang patah disambungkan dengan rod atau plat, anggota tercedera tidak perlu dipakaikan simen lagi kerana tulang yang patah tidak bergerak lagi ketika anggota itu digerakkan. Dengan itu program rehabilitasi boleh dimulakan serta-merta sebaik saja pesakit mampu menahan sakit.


Latihan pergerakan sendi dan latihan menguatkan otot anggota yang terbabit dapat dilakukan serta-merta tanpa risiko tulang patah tidak bercantum.


Dengan itu, kekejangan sendi dan otot mengecut boleh dielakkan dan atlit dapat kembali bersukan dalam tempoh ditetapkan.


Kepatahan tulang selalunya sembuh dalam tempoh empat hingga enam minggu, tetapi sesetengahnya boleh mengambil masa berbulan-bulan, bergantung pada tahap kecederaan dan bagaimana arahan pemulihan atau rehabilitasi diikuti.


Simen atau ‘cast’ selalunya ditanggalkan dari anggota patah sebelum tulang patah sembuh sepenuhnya untuk mengelak sendi anggota tercedera menjadi kaku.

Kesakitan selalunya berkurangan sebelum tulang patah betul-betul teguh untuk menanggung beban apabila kembali bersukan sepenuhnya.


Oleh itu, bekerjasama dengan ahli fisioterapi dan pakar dalam satu protokol rehabilitasi atau pemulihan sangat penting untuk mengelak kecederaan lebih teruk.


Apabila tulang patah sembuh dan kuat, baru selamat memulakan latihan membentuk dan menguatkan otot. Ketika anggota itu tidak digunakan kerana masih bersimen, otot anggota terbabit mengecut dan menjadi lemah. Tendon dan ligamen juga menjadi kejang kerana tidak digunakan.


Rehabilitasi termasuk latihan untuk fleksibiliti, keseimbangan dan kekuatan dan kemudian peningkatan aktiviti secara berperingkat peringkat. Terapi fizikal ialah kaedah yang dipilih untuk kembali bersukan dengan selamat.


Bagi anda  yang  menghadapi  masalah patah atau retak  tulang  dan berhajat untuk   mendapatkan  ramuan rawatan  patah  tulang untuk   mempercepatkan proses  penyembuhan, bolehlah  hubungi  kami di talian +6013-524 3005 atau sertai Tabib di Facebook dengan  klik di sini

Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates