Umumnya, setiap atlet dan setiap kecederaan yang dialami adalah
unik. Jadi setiap individu mempunyai program rehabilitasi dan kembali bersukan berbeza.
Kembali bersukan terlalu awal boleh meningkatkan risiko kecederaan semula atau
membentuk masalah kronik yang membawa kepada pemulihan lebih lama. Lewat
memulakan proses pemulihan menyebabkan kemerosotan keadaan anggota badan yang
tidak perlu.
Satu perkara yang boleh meningkatkan proses pemulihan
ialah keadaan badan dan kesihatan sebelum kecederaan. Keadaan kesihatan pada
tahap prestasi tinggi dan bentuk badan sempurna bukan saja mampu mengurangkan
risiko dan tahap teruknya sesuatu kecederaan, tetapi juga mampu memendekkan
tempoh pemulihan.
Untuk mempercepatkan tempoh pemulihan, kita perlu
sentiasa memastikan keadaan, bentuk dan kesihatan badan sentiasa pada prestasi
baik, peka kepada tanda awal kecederaan, merawat setiap kecederaan dengan
serta-merta, memastikan setiap program pemulihan diikuti sepenuhnya, sentiasa
dalam keadaan cergas walaupun ketika kecederaan dan mempunyai sikap dan
peribadi positif untuk pulih segera.
Berikut garis panduan untuk kembali bersukan:
Tidak lagi merasa sakit pada anggota tercedera
Tiada lagi bengkak pada anggota tercedera
Sendi yang
terbabit dapat digerakkan dalam pergerakan penuh tanpa had
Anggota yang tercedera mendapat kekuatan penuh atau 90
peratus daripada kekuatan anggota sebelah lagi satu
Jika anggota kaki yang terbabit, anda mampu berdiri
dan berjalan tanpa tempang
Jika anggota lengan atas yang terbabit, anda hendaklah
mampu melakukan aktiviti membaling tanpa sakit
Kita perlu ingat, walaupun merasakan badan kita
kembali 100 peratus seperti asal, sebenarnya anda mungkin masih mempunyai
kekurangan dalam segi kekuatan, kestabilan sendi, fleksibiliti atau skil. Oleh
itu, lebih baik jika penjagaan tambahan masih diberikan kepada anggota
tercedera untuk beberapa bulan lagi.
Bagi
anda yang menghadapi masalah patah atau retak tulang dan berhajat
untuk
mendapatkan ramuan rawatan patah tulang untuk mempercepatkan
proses penyembuhan, bolehlah hubungi kami di talian +6013-524 3005
atau hubungi Tabib di Facebook dengan klik di sini
0 comments:
Post a Comment